BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 22, 2010

PENGARUH ZIKIR

Sebagaimana yang diketahui, zikir merupakan satu budaya yang digalakkan di dalam agama Islam untuk mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Jika dilihat secara keseluruhannya, tidak ada hujah yang dapat dijelaskan untuk menyatakan pengaruh-pengaruh amalan zikir ini. Cuma dalam Mazhab Imam Shafi’e ada menyebut tentang amalan zikir.

Menurut Mazhab Shafi’e, berzikir dengan kuat harus untuk imam dan tidak (harus) untuk makmum tetapi beliau tidak secara terang-terangan mengatakannya haram atau sesat mahupun bidaah kerana pandangan salaf yang lain juga bersandar kepada hadis Ibn ‘Abbas namun Imam Syafie meraguinya kerana Abu Ma’bad terlupa dia pernah meriwayatkannya kepada ‘Amr bin Dinar seperti kata Imam Syafie : Seolah-olah dia (Abu Ma'bad) melupainya selepas dia meriwayatkannya (hadis) kepadanya ('Amr).

Manakala, hadis Ibn al-Zubair dianggap Imam al-Syafie sebagai mengambil kata-kata Ibn ‘Abbas seperti katanya: “Aku mengira apa diriwayatkan Ibn al-Zubair mengenai tahlil Nabi (zikir La ilaha illallahu) seperti apa diriwayatkan Ibn 'Abbas”.

Selain iru, Mazhab Shafi’e juga menerangkan dan berpendapat bahawa mana-mana imam berzikir dengan apa yang beliau nyatakan, sama ada secara kuat, mahupun senyap, atau selain daripada cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan).

Imam al-Syafie menyebutnya sebagai baik (hasan). Namun perkara mempunyai sanad (sandaran) daripada sunnah secara nyata lebih baik daripada hasan. Tetapi sekiranya diamalkan perbuatan ini pada hari ini di depan mereka yang menolak zikir selepas solat, nescaya imam itu dicap sebagai pembawa bidaah, sesat dan ahli neraka! Inilah bahaya kejahilan terhadap keseluruhan hadis Nabi SAW atau taksub kepada pandangan seseorang.

Mazhab Shafi’e juga berpandangan, “Dan aku memilih (pendapatku) untuk imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya imam dalam keadaan wajib dipelajari daripadanya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka mempelajari daripadanya, kemudian dia berzikir secara senyap”. Imam al-Syafie memilih perkataan ‘memilih’ untuk menguatkan pandangannya. (diperolehi daripada http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=107:zikir-

Pengaruh zikir juga dikatakan mempunyai kaitan dengan tarikat yang mana tarikat ialah jalan yang dilalui oleh seseorang dan tarikat az-zikr membawa maksud jalan berzikir dan lain-lain (dipetik perolehi daripada http://www.halaqah.net). Terdapat banyak amalan tarikat di dunia seperti tarikat Ahmadiah, Muhammadiyah, Naqsabaniyah dan sebagainya. Setiap tarikat ini mempunyai cara zikir dan wirid yang berlainan tetapi semuanya mempunyai atau mengandungi kalimah-kalimah yang mengagungkan kebesaran Allah. Sebagai contoh, tarikat Ahmadiah telah diasaskan oleh Sayyid Ahmad Idris yang mana ianya mewujudkan tiga perkara iaitu zikir, selawat dan istigfar. Manakala tarikat Naqsabandiyah pula perkataanya berasal daripada dua cetusan idea iaitu naqsh yang bermaksud "ukiran" dan ini diertikan sebagai mengukir nama Tuhan pada hati dan band pula bermaksud "ikatan" yang menunjukkan ikatan antara insan dan Penciptanya. Oleh itu dapat didefinisikan tarikat Naqsabandiyah ialah mengajak murid-muridnya lelaki ataupun perempuan, agar melakukan dan menunaikan perkara yang mengikut Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah (s.a.w) dan kehidupan para sahabat berserta dengan sifat Ihsan. Agar terus bermujahadah dan dapat merasakan kehadiran Allah dan perasaan cinta kepada Allah didalam hati murid-murid tadi dan seterusnya terjalinlah ikatan antara murid dengan Penciptanya (diperolehi daripada http://www.naqshbandi.org/naqshbandi.net/www/haqqani/lang/malay/naqshbandi_malay.html).

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tidak dapat dinyatakan dengan jelas mengenai pengaruh zikir dalam mazhab-mazhab tertentu cuma zikir dapat dikaitkan dengan tarikat yang mempunyai pengaruhnya dan amalan serta kaedah zikir yang dilaksanakan oleh orang-orang tertentu.

0 comments: