BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 22, 2010

ZIKIR DARI ASPEK MUZIK VOKAL DAN INSTRUMENTAL SOLO

Dalam tradisi rakyat dan klasik, muzik vokal melibatkan hampir semua aspek kehidupanmasyarakat daripada kelahiran anak sehingga proses pengebumian. Melalui nyanyian, genealogipenonjolkan sesuatu kaum terserlah dari aspek kehidupan sehinggalah agama yang membabitkan daya kreativiti, kemahiran dan kehidupan masyarakat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kebiasaanya, muzik vocal digunakan dalam persembahan seperti wayang kulit, makyung, mekmulung dan teater tetapi makin menjadi temporary apabila zikir pun telah menggunakan teknik tersebut.

Ciri zikir ialah pergerakan lidah, gerakan dagu dan getaran hati untuk menunjukan rasa syukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada umatyer.




Contoh di atas jelas menunjukan tekstur yang di gunakan ialah monofonik manakala kontur melodi adalah mendatar dengan gerakan melodi bertingkat di mana ia mengiringi teks dalam bahasa Arab yang dibacakan secara silabik. Pada baris 1-3, penghujunya dihiasi debgan bunga sebagai aciakatura. Formnya terbahagi kepada dua bahagian dalam Zikir Tahlil, Tahmid dan Takbir iaitu dalam bentuk A BA yang hampir sama dari segi irama tetapi pic yang berbeza. Tempo yang digunakan pada not krocet 75 bit per minit disamakn dengan rentak kuaver.

Dalam riwayat Muslim daripada Aisyah binti Abu Bakar menyatakan, Rasullullah bersabda, ’Kalau aku membaca Subhana Allah, al-hamdu lil Allah dan Allahu Akhbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah dan Allah maha Besar), maka bacaan itu lebih aku gemari daripada mendapatkan kekayaan sebanyak apa yang berada di bawah sinar matahari.




Contoh 3 dan 4 di atas menunjukan Zikir Syahadah gaya nyanyian daripada teks disampaikan secara silabik dan melismetik dengan bunga tril dan portamento. Form progresifnya dibahgikan kepada a a’, b, c yang berulang-ulang. Kontur melodik yang digunakan adalah mendatar di bahagian b yang mana menaik dan menurun di bahagian a manakala kontur tersongsang iaitu menurun naik pada bahagian c.

Sebagai mana yang diketahui umum, zikir boleh di amalkan secara perseorangan atau berkumpulan dengan cara rahsia atau terang-terangan di mana bersuara tegas tetapi mestilah disertakan dengan keikhlasan hanya semata-mata kepada Allah bukannya secara riya’ sehingga mengganggu orang yang tengah bersolat atau mengaji al-Quran berhampiran denganya. Bersederhanalah kerana itu yang dituntut oleh syariat Islam.

Pada lazimya, pengucapan zikir tanpa iringan alat muzik secara perseorangan sambil bertafakur atau beramai-ramai seperti di majlis tahlil di kalangan Amat Islamm seperti pengajuran ahli-ahli Sufi sebagai tanda puji-pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad dengan suara yang terang dan lantang.

Mengikut arus permodenan, zikir juga boleh dialunkan dengan bunyi lagu yang berentak sama secara berterusan dan bermeter seperti contoh 5 di nawah. Melodinya mengiringi teks dalam Bahasa Arab debgan gaya Silabik tetapi pada penghujung bacaanya diperpanjangkan dengan melisme di bar 3 dan 12. Penggunaan tril dan apogiatura digunakan, melodi bergherak secara bertingkat dan jeda paling jauh iautu lima perfek. Kontur melodi yang menaik –menurun dan menurun digunakan manakala form pula dibahagikan kepada a b a yang tipikal.



Kadangkala zikir tersebut hampir mirip dengan bacaan al-Quran yang tiada meter dan rentak seperti contoh 6 di bawah:



Selain kenyataan di atas, pembaharuan dalam bentuk berkaitan zikir boleh di lihat di negeri Kelantan yang mana tradisi nyanyian zikir dimainkan oleh sekumpulan orang lelaki yang menyanyi secara unison sambil memukul rebana besar dengan cara menggantungkanya secara menegak dengan kulitnya menghadap penyanyi.


Alat rebana ini berukuran 1.2 meter tinggi yang bergaris pusat 1 meter manakal beratnya kira-kira 100 kg. Badanya berbentuk kon di mana muka kulitnya dipasang dengan gelang rotan yang tebal dan tali-tali rotan. Baji kayu besar telah digunakan untuk menegangkan muka kulit yang diletakkan di bawah badan drum. Di bahagian tengah buluh dipasangkan satu gelang besi supaya rebana ini dapat digantungkan secara menegak muka kulitnya.

Cara memukulnya ialah dengan muka kulit rebana besar sentiasa di pukul di tengah atau tepi dengan tangan pemain sahaja. Dua atau tiga rebana ini dipukul secara serentak untuk mengiringi nyanyian zikir dengan rentak yang dikehendaki. Meter dupel yang menggunakan sekurang-kurangnya dua bunyi nimonik yang dibunyikan seperti ’tak’ dan ’dung’. ’Tak berbunyi apabila dipukul di bahagian tepi manakla ’dung’ di bahagian tengah.

Rentak yang mengiringi nyanyian zikir disifatkan irama bertitik pada not kuaver yang mana bit 4 rentaknya diulangi ’tak’ dan ’dung’ berselang seli setiap 2 bit seperti contoh 7 di bawah:

Di Negeri Sembilan pula, zikir rebana dipersembahkan untuk memuji Rasullulah dan Nabi ketika mengiringi pengantin dan upacara persandingan di majlis perkahwinan serta majlis berkhatan yangh dinyanyikan di dalam bahasa arab di mana rentaknya dimainkan dengan rebana dan gong. Zikir rebana menggunakanb 12 hingga 20 buah rebana dan sebuah gong.




1. Harmoni (bunyi yang dihasilkan melalui gabungan ton muzik) dalam lagu ini ialah jenis polyphony, menggabungkan 2 suara bunyi atau lebih untuk mengasilkan ton yang berbeza sebagai satu bunyi yang berirama. Suara latar membawa ton dalam (bass) untuk support suara lead. Dalam nasyid harmoni ini penting bertujuan lagu itu disampaikn dengan keadaan tenang dan mewujudkan suasana keindahan dalam muzik Islam dan kebaikan dan tauladan dalam memperingati Tuhan. Walaupun tiada iringan muzik yang dibentuk, harmoninya dapat dikesan pada suara-suara nyanyian mereka.

2. Dinamik ialah kuat dan lembut relatif lagu yang mana pada minit 2.52: Allah penegasannya semakin kuat kemudian bertambah kuat pada minit 3.09 dan kembali ke asal perlahan pada minit 3.25.

3. Tempo (kelajuan relatif lagu) yang digunakan ialah antara 123-125 per krocet kemudian pada minit 3.29 temponya menjadi perlahan dengan kadar antyara 85-90 per krocet. Tempo yang laju pada permulaanya kemudiaan berubah perlahan di hujung lagu dan mempunyai ‘ritard ‘ di pengakhiran lagu tersebut.

4. Notasi ialah simbol bertulis mewakili pic, jangka masa, susunan berirama ton muzik yang melibatkan bunyi panjang-pendek, kuat-perlahan, tinggi-rendah, tekanan dan masa pada sesebuah lagu. Dalam lagu nasyid ini, semuanya senada tetapi mempunyai tekanan pada penghujung pekataan seperti Allah, Wujud, Qidam, Baqa’……………..

5. Form (bentuk) ialah gabungan idea dan susunan unsur-unsur muzik yang mana frasanya melibatkan persamaan (pengulangan), keserupaan dan perbezaan antara frasa lagu yang digunakan. Pada nasyid ini form yang digunakan ialah a b b’ c c’.




1. Harmoni yang dapat dikesan ialah daripada monoponic ke polyphonic. Pada dasarnya, muzik yang digunakan ialah monoponic (suara individu pada 1 line melodi sahaja) tetapi pada minit 4.13 menjadi polyphonic (2 atau lebih melodi line digabungkan) apabila konsep soundscape digunakan menjadi iringan (melodi line ke-2). Kita dapat mendengar kicauan burung dan deraian air terjun serta pengaliran air sungai pada zikir tersebut. Pada minit 6.03 sudah tidak menggunakan soundscape tetapi alunan suara yang membentuk harmoni.

2. Form a b c d a’. Bentuk bacaannya berubah mengikut ayat zikir yang dibacakan. Terdapat 4 bacaan yang berbeza walaupun menggunakan melodi dan notasi yang sama. Penggulangan form zikir pertama pada form zikir yang ke-5.

3. Tempo yang digunakan ialah lambat kemudian meningkat sederhana pada minit 5.41. Penggunaanya mengikut perasaan individu tersebut.

4. Dinamik yang digunakan ialah kuat dan sederhana.


* bunyi itu nada, nada itu irama, irama itu muzik, muzik itu ekspresi dan ekspresi itu ilham.

0 comments: