BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 22, 2010

PERBEZAAN ANTARA ZIKIR, BERZANJI DAN SELAWAT

Kadangkala wujud kekeliruan di benak fikiran sesetengan individu terhadap zikir, zanji dan juga selawat. Masyarakat kadangkala menyamakan ketiga-tiga bentuk ibadah tersebut tetapi sebenarnya ia mempunyai perbezaan yang cukup ketara di antara satu sama lain.

ZIKIR

Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Semantara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati (diperolehi daripada http://www.siramanrohani.s5.com/zikir.htm). Terdapat beberapa kaedah untuk menunjukkan ingatan kita terhadap sang pencipta namun terdapat hanya dua kaedah utama yang sering dipraktikkan oleh masyarakat dalam berzikir, antaranya ialah zikir Qalbi dan zikir Lisani. Zikir Qalbi merujuk kepada zikir yang dilakukan untuk memperingati Allah dengan berzikir dengan hati. Sementara itu, zikir lisani pula zikir yang dilakukan untuk memperingati Allah dengan lidah dan perbuatan. (Diperolehi dan diubah suai daripda http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/10/peringkat-peringkat-zikir.html.

BERZANJI

Pengertian Berzanji ialah sebuah kitab kumpulan sajak karya penyair Abu Jaafar Al Barzanji yang dilahirkan dari negeri Barzanj.Karya beliau menjadi terkenal apabila ia telah dinobatkan sebagai pemenang dalam penulisan sajak-sajak pujian kepada Rasulullah S.A.W dan sejak daripada itu karya tersebut sering dideklemasikan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia (Diperolehi dan diubah suai daripada http://emjayjb.multiply.com/journal/item/17). Daripda definisi tersebut, boleh disimpulkan bahawa, berzanji merupakan sajak yang dicipta untuk mengingati dan mengagungkan kebesaran nabi Muhammad S.A.W dan ia seringkali dideklemasikan pada hari-hari tertentu seperti pada hari kelahiran baginda dan juga selepas usai solat.

SELAWAT

Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat dari allah , memberi berkah dan ibadat .Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud .“ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab:ayat 56 ).(Diperolehi daripada http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/03/selawat.html). Melalui takrifan tersebut, penulis boleh simpulkan bahawa, selawat merupakan ucapan atau kata-kata pujian kepada nabi dan rasul dan ia biasanya dilakukan semasa bersembahyang, dan boleh juga dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada semasa berjalan, berbaring atau duduk. Antara contoh selawat ke atas nabi dan rasul yang seringkali kita ucapkan ialah pada bacaan tahiyat akhir dalam setiap solat yang kita dirikan ialah selawat ke atss nabi Muhammad dan keluarganya nabi Ibrahim a.s yang berbunyi “Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad Sebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim Ya dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad Sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini”.

1 comments:

Anonymous said...

Perbetulkn ayat 'sesunguhnya Allah dan para Malaikatnya selawat kepada Nabi.. sdgkn selawat dlm artikal anda adalah 'Doa' knapa pulak Allah berDoa utk Nabi?