BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 22, 2010

PENGERTIAN DAN SEJARAH ZIKIR

Pengertian zikir

Pelbagai maksud dan definisi dapat diberikan kepada pengertian zikir. Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Semantara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati. Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati ALLAH mendorongkan seseorang melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati ALLAH adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH (diperolehi daripada http://www.siramanrohani.s5.com/zikir.htm) Zikir terbahagi kepada dua iaitu zikir Qalbi dan zikir Lisani. Zikir Qalbi merujuk kepada zikir yang dilakukan untuk memperingati Allah dengan berzikir dengan hati. Sementara itu, zikir lisani pula zikir yang dilakukan untuk memperingati Allah dengan lidan dan perbuatan.


Sejarah zikir

Perkembangan zikir di Tanah Melayu bermula seiring dengan kedatangan Islam di Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke- 7 masihi apabila agama Islam di bawa oleh pedagang Islam dari China dan Timur Tengah. Dengan wujudnya agama Islam masyarakat Tanah Melayu mula mempraktikkan cara hidup berpandukan kepada ajaran dan syariah Islam. Selaras dengan itu, amalan seperti zikir dijadikan salah satu daripada panduan hidup masyarakat melayu yang beragama Islam. Namun begitu, peranan zikir dalam dunia yang moden kini dilihat semakin berkembang dengan meluas apabila muzik zikir juga terkandung dalam salah satu muzik tradisinal melayu yang dikategikan sebagai muzik vokal dan instrument solo. Oleh itu, pengaruh dan pernana zikir dilihat penting apabila digunakan dalam acara- acara seperti majlis tahlil, marhaban, cukur jambul, majlis khatam quran, majlis berkhatan, majlis rasmi lain dan sebagainya.

0 comments: