Umum mengetahui bahawa zikir merupakan satu amalan yang diamalkan oleh para muslimin yang berujuan untuk mengingati Allah S.W.T. Namun begitu, amalan berzikir tidak semata-mata terhad dilakukan pada waktu-waktu tertentu seperti selepas bersembahyang tetapi juga diamalkan dalam upacara-upacara tertentu seperti majlis tahlil,sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya
Tahlil merupakan satu majlis yang diadakan apabila berlaku kematian, pada kebiasaaannya ia dilakukan pada malam selepas pengkebumian dilakukan selama seminggu, dan juga pada setiap malam jumaat serta pada hari ke-20 dan 40 kematian. Dalam bahasa arab, tahlil bererti menyebut kalimah syahadah iaitu “La ilaha illa Allah”. Namun kemudian kalimah tahlil menjadi sebuah istilah dari rangkaian bacaan beberapa zikir ayat Al-Quran dan doa (Dipetik dan diubahsuai daripada http://shohwatulislam.multiply.com/journal/item/83/Fasal_tentang_Tahlil_1_). Semasa majlis atau kenduri tersebut diadakan, kebiasaannya ia akan dimulakan dengan bacaan Yassin dan selepas itu barulah bacaan zikir dan doa-doa untuk dimati akan disusuli. Majlis Tahlil sebenarnya bertujuan untuk ‘menyalurkan’ sedekah kepada si mati melalui bacaan ayat suci Al-Quran dan puji-pujian ke atas Allah S.W.T. Selain daripada itu, ia juga sebenarnya bertujuan untuk memberikan kekuatan dan semangat kepada keluarga dan waris si mati agar mereka lebih tabah dalam menjalani kehidupan kerana dengan adanya alunan ayat-ayat suci tersebut dan juga puji-pujian ke atas Allah S.W.T secara langsung ia akan memberikan kekuatan spiritual dan ketenangan hati kepada yang masih hidup dan secara tidak langsung akan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada mereka agar sentiasa tabah dengan qada dan qadar yang telah ditentukan oleh tuhan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, budaya tahlil sebenarnya diadaptasi daripada budaya hindu yang bertunjang kuat di Jawa. Pada asalnya apabila berlaku kematian, majlis tahlil akan diadakan namun pengisiannya adalah berbeza daripada apa yang ada kini kerana pada masa itu majlis tahlil akan diisi dengan acara minum arak, berjudi dan berhibur yang betujuan unutk menghiburkan hati para waris si mati. Namun seiring dengan kedatangan Islam di Jawa, kebudayaan tersebut secara berlahan-lahan telah berubah lebih ke arah islamik dan berlandaskan hukum syarak dan perubahan tersebut adalah hasil usaha dan pengorbanan Wali Songo (Sembilan orang pejuang di Tanah Jawa). (Dipetik dan diubah suai daripada http://shohwatulislam.multiply.com/journal/item/83/Fasal_tentang_Tahlil_1_).
Secara keseluruhannya, majlis dan kenduri tahlil yang diamalkan di Malaysia kini adalah sebenarnya berasal daripada kebudayaan Hindu namun seiring dengan kedatangan Islam di rantau nusantara telah berlaku beberapa modifikasi terhadap amalan tersebut yakni perubahan yang lebih menjurus dan menekankan nilai-nilai Islam.Perbuatan-perbuatan yang menyalahi hukkum syarak seperti berjudi dan minum arak telah diubah kepada bacaan Yassin, zikir dan doa terhadap si mati kerana amalan-amalan tersebut lebih bermanfaat dan lebih diredai oleh Allah S.W.T kerana selain daripada mampu menambahkan pahala ia juga mampu mengelakkan kita daripada melakukan kemaksiataan.
Selain daripda tahlil, terdapat juga sesetangan upacara yang menyelitkan unsur-unsur keagamaan terutamanya zikir dalam persembahannya. Contohnya, sambutan hari kemerdekaan Indonesia yang mempamerkan persembahan alunan zikir namun dalam kaedah penyampaian yang cukup unik, berbeza dan menarik. Kebiasaannya, zikir akan diadakan ditempat-tempat tertentu seperti di surau, masjid dan rumah, namun semasa Indonesia meraikan hari kemerdekaan mereka ia telah diadakan di atas padang dan semasa mengalunkan kalimah syahadah tersebut para peserta melakukan pelbagai formasi termasuk membuat formasi kalimah ALLAH bagi menunjukkan bahawa betapa mereka menghargai dan bersyukur di atas rezeki dan nikmat yang telah diberikan ke atas Negara mereka.
Melalui persembahan tersebut, penulis berpendapat bahawa berzikir dan mengingati Allah tidak semestinya dalam keadaan duduk dan dilakukan di tempat-tempat tersebut namun sebaliknya ia boleh dilakukan dalam apa juga keadaan termasuklah dipersembahkan dalam pergerakan-pergerakan tertentu seperti tarian dan juga formasi tertentu. Terdapat beberapa klip yang terdapat di laman youtube yang memaparkan pelbagai kaedah zikir yang dilakukan di seluruh dunia, yang jika diperhatikan mungkin akan mendatangkan kemuskilan di hati adakah amalan-amalan tersebut sah disisi agama atau sebaliknay. Namun, jika difikirkan mengapa kita harus mempersoalkan sesuatu yang mengaungkan kebesaran yang maha Esa, kita seharus berfikir secara rasional, kemungkinan alunan dan penyampaian yang berbeza di setiap Negara mungkin dipengaruhi oleh budaya dan cara hidup masyarakat di kawasa-kawasan tersebut dan bukannya menghentam dan semata-mata mencari kesalahan dan mencari sisi negative terhadap amalan yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat terutamanya dalam soal agama.
0 comments:
Post a Comment